Kencing manis ketika mengandung (Gestational Diabetes Mellitus)

Assalamualaikum w.b.t~

Hari ni, aku fefiling doktor pakar sakit puan gamaknyehhh! So, aku nak share lah ape dia GDM nieyh, lepas aku baca pasal mende nieyh~

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ni adelah satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita mengandung yang sebelum ini tidak  menghidap diabetes, tetapi mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Maksudnye mase xngandung korang xde kencing manis, tp lepas ko dapati diri korang dah ngandong, korang mengalami GDM nieyh~

GDM biasanya dikesan lepas minggu ke 24 korang ngandung. GDM boleh sebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung kalau kita tak rawat hokeyy! Bahayaaaa! diulanggggg Bahaya!!

Biasanye, kalau berat badan korang lebih or paras gula dalam air kencing tinggi, doc or nurse akan saspek korang ade GDM nieyh, so, untuk pastikan, dowang akan suh korang buat satu ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) kat klinik dia panggil MGTT! jgn tanya aku MGTT tu hape sebab aku pon xtau! hahahahaah. So, kekdahnye nama ujian pelik2 nau tu bersamaan dengan minum air gula dari segi bahasa pasau malamnye.

Ramai yang memang xgemar nak buat ujian nieyh, sebab mcm aku ckp ko kene menom air gula pekat yakni sekilo gula gamaknye bancuh ngan satu mug air, pastu ko telanlahh sampai abes yer. Tak mabok gula ko lepas tu? Haa aku dah gase eh! Keman sedap lagi, siap ko keneneng lagi yer lepas menom air gula tu! Tips untuk ko xrase nak loya, adelah minum dengan satu napas sekaligus! kalau ko teguk sikit2 mmg jawabnye ko muntah hijau kat situ kak oii! Nurse tu siap puji aku sebab dia ckp aku xde banyak munyik, togok je satu mug tu dendiam! hahahahaah~ dia xtau aku dah nak betukar ijau di kala itu!

Prosedur dia camni;
  • Start pukul 12 malam hari sebelum kene stat puasa
  • kol 8pagi dah tercongok kat klinik untuk amek darah satu tabung + menom air gula
  • Lepas tu, tunggu 2jam, kene teruskan berpuasa
  • Datang semula klinik untuk amek balik darah
  • Dah boleh balik or kalau ko nak merambu ke nak makan sekawah nasik ke, ikot kau!
Harus diingat yer ibu2 mengandung sekalian, jangan skip or ngelat nak buat ujian nieyh! Sebab sangat penting nak tahu korang ade ke tak GDM nieyhh! Lepas test tu dalam 1-2 minggu result akan keluar. Kalau result dia normal, maka korang terselamatlah dan kalau xnormal, rawatan akan dilakukan secepat mungkin terhadap korang supaya ko n kandungan selamat.

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L adelah normal. So, xyah nak risau sangat. Tapi kalau korang ada keturunan kencing manis, doc akan suggest untuk repeat test ni lepas kandungan 28 minggu ke atas untuk make sure korang mmg bebas dr risiko nieyh~

Risikonya GDM pada Ibu:
  • Pre-eklampsia.
  • Kelahiran pramatang
  • Cairan ketuban berlebihan (hidramnion).
  • jangkitan saluran kencing.
  • Jangkitan vagina berupa keputihan

Risiko pada bayi :
  • Perkembangan bayi terbantut
  • Bayi besar melebihi 4kg menyukarkan proses kehamilan secara normal
  • Kecacatan
  • Meningkatnya kadar bilirubin (risiko dapat penyakit kuning)
  • Menyebabkan masalah pernafasan kerana paru2 bayi xmatang
  • Kekurangan glukosa dan kalsium.
  • Kelainan jantung.
  • Kelainan neurologic dan psikologic pada bayi di kemudian hari.
  • Kematian dalam kandungan (sudden death), akibat darahnya kekurangan oksigen dan kelebihan asid laktat. Ini risiko jika kadar gula darah ibu tidak terkawal.

So, hopefully, para-para ibu semua alert n jaga kesihatan sepanjang kehamilan, ikot nasihat doktor dan rujuk pada pakar kalau ada apa2 kelainan semasa mengandung~ 





Comments

Popular Posts