Kehilangan (Part 2) - Perkhabaran
Gambar ihsan Google Jumaat 22 September 2017 1 Muharram 1440H 5.30am Tersedar sebab bunyik alarm telefon. Macam biasa, c epat-cepat aku matikan takot Rayqal terjaga. Dahlah harini dia kena tinggal kejap lagi. Tak pasal nanti dia buat drama pulak pagi-pagi ni. Aku bangun, Duduk Rasa macam mamai mamai lagi. Malam tadi tidur tak berapa lena, Sekejap sekejap terkejut Macam tak sedap hati. Aku capai telefon hantar whatsapp pada suami aku, tanya dia kat mana. Satu tick je. Bateri habis kot. Aku bangun menuju ke bilik air Jantung berdebar-debar Macam nak jadi sesuatu nanti masa perjalanan aku ke KL dengan Ain. Dalam fikiran kejap lagi nak whatsapp laki aku lah nak cakap Kalau jadi apa-apa kat aku, tolong jaga anak elok-elok. Dahlah 3-4 hari lepas aku asyik mimpi buat kenduri, Dah tu ramai pulak orang datang kenduri tu pakai baju putih. Beberapa kali jugalah mimpi yang sama. Mimpi buat kenduri. Ahh mimpi biasa je kot. Kada...