Kehilangan (Part 1)



Photo taken on 2015 masa SIL kawen


Khamis 
21 September 2017

Jam menunjukkan pukul 5.30pagi.
Alarm telefon aku mula berbunyi memecah kesunyian subuh yang hening.
Aku capai telefon, matikan alarm, aku toleh sebelah, Rayqal masih lena dibuai mimpi.
Fuhh lega nasib baik dia tak terbangun dengar bunyi alarm telefon yang bising.
Kalau tidak, memang berperang lah aku pagi-pagi ni nak melayankan dia.
Aku masih baring lagi, rasa malas pula nak bangun, merenung siling bermonolog sendirian kan bagusnya kalau harini cuti hujung minggu. Tak perlulah aku nak kerja. Boleh sambung tidur lagi.
Aku capai telefon, aku buka aplikasi Whatsapp, ada satu mesej dari 'B'. 
B tu laki aku lah singkatan untuk Baby, ke Hubby tapi bukan Babi. Hahaha. 

'B lambat xsempat nak beli sarapan, ade kes, habis kes baru B balik'

Hmmm dah berapa hari aku tak dapat lepak dengan laki aku, 
Aku pergi kerja dia balik kerja, aku balik kerja dia pergi kerja.
Dah berapa lama tak keluar dating jalan-jalan.
Dah berapa lama tak tengok wayang sama-sama. 
Dah berbulan jugaklah dia tak dapat cuti. 
Kalau off day pon hari bekerja. 
Hujung minggu jangan harap nak dapat off.
Sejak laki aku join CPJ (unit cegah jenayah) ni memang boleh kata most of masa dia adalah kat tempat kerja.
kalau kat rumah pon untuk tidur sekejap je.
kadang baru nak makan dah dapat panggilan kena kerja balik.
Begitulah kehidupan seorang anggota beruniform, 
Kau kawen bukan kawen dengan dia, kawen dengan kerja dia sekali.
Boleh dikira lah berapa kali je seminggu kau boleh jumpa dia.
Nak jadi isteri dia kau kenalah kental. 
Nasib baik aku kental lah juga, 
Walau kadang-kadang rasa macam nak kena sental je. hahaha.
Suara azan subuh dari surau belakang mula berkumandang.
Aku bingkas bangun ke dapur, siapkan sarapan.
Aku kejut Danial dan Qistina bangun mandi.
Sambung siapkan sarapan, kemas dapur, keluarkan baju yang dah cuci. 
Terdengar pergaduhan kecil Danial dan Qistina. 
Berebut siapa nak mandi dulu.
Heylahh dua orang ni memang tak boleh berdekat macam anjing dengan kucing.
Terus aku tempik kan, Abang kau mandi dulu, Nana kau pergi gosok baju.
Senyap terus dua-dua,
Abang dia berjalan masuk bilik air dengan muke menganjeng kepuasan, 
Qistina pula muke bertangkop on kan suis seterika.
Pagi-pagi dah ada drama. 
Selesai semua, aku kejut Rayqal, mandikan dia nak ke taska.
Yang ini pon lagi satu cabaran kau pagi-pagi, bila sebut mandi je automatik dia melalak macam kena dera. Begitulah hari-hari kau kena hadap, mandikan anak dlm keadaan dia melalak macam kena bantai.

6.50am
Enjin kereta dihidupkan.
Danial dan Qistina masukkan barang-barang dalam kereta.
Dukung adik masuk kereta, 
Setiap pagi ada 3 tempat aku nak kena tuju untuk hantar mereka bertiga.
Mula-mula hantar Qistina ke sekolah rendah, lepastu Danial pula di sekolah menengah, hantar Rayqal ke taska dan barulah aku tuju ke tempat kerja.
Kalau nasib baik, laki aku hantar Rayqal, 
Jadi lega sikit aku tak payah nak terkejar-kejar speeding nak kena hantar 3 tempat.
Begitulah rutin setiap hari.

1.00pm
Lunch hour, seperti biasa aku kena ambil Qistina balik sekolah.
Danial dah sekolah menengah tengahari dia balik naik bas sekolah je. 
Jadi tak lah aku kelam kabut macam pagi tadi.
Macam biasa, aku speeding ke rumah dulu, nak masak nasi.
Aku keluarkan kunci, buka pintu rumah.
Masuk dalam terus ke dapur. Memang rumah aku masuk je dapur dulu. 
Terus aku sinsing lengan baju, cedok beras, cuci, on kan suis periuk nasi elektrik.
Senang betul zaman sekarang semua benda kau tinggal nak on kan je, 
Tak payah cari kayu api, hidupkan api, tunggu nasik kering semua.
Selesai tenggek nasi, aku keluarkan barang-barang untuk dimasak.
Terus ke ruang tamu.
Laki aku tengah tidur kat sofa. 
Memang itulah port dia kalau balik kerja sejak sebulan dua ni.
Tak mahunya dia tidur dalam bilik.
Kadang bila dia sampai rumah tengah-tengah malam pon situ lah tempat dia.
Sampai kepagi. Terlelap kat sofa tu.
Untung pulak sofa tu hari-hari kau tido dengan dia.
Menyirap je aku tengokkan.
Sampai rasa nak bakau je sofa tu. Haha.
Aku kejutkan dia, suruh masuk bilik.
Selalunya dia bangun masuk bilik.
Tapi harini dia tak bangun pulak. 
Bukak mata sekejap sambung tidur balik.
Penat mungkin, aku biarkan je.
Terus aku start kereta balik, ambil Qistina dari sekolah.
Sampai balik di rumah, aku masak untuk lunch, tapau untuk bawak ke ofis.
Memang setiap hari balik masak kena tapau jelah. 
Tak sempat pon kau nak makan kat rumah.
Aku pesan kat anak suruh makan dan kejutkan papa makan nanti.
Terus aku ke pejabat semula.

5.00pm
Lagi setengah jam waktu untuk balik.
Esok Jumaat Cuti Umum Awal Muharram.
Malam ni aku nak balik rumah mak, bawa anak-anak,
Esok aku dan Ain kawan baik aku nak ke KL, nak carik barang-barang rumah.
Memandangkan laki aku pon dah lama tak dapat cuti, 
Aku pun dah lama tak berjalan.
Mak aku pulak dah tawar diri nak jagakan anak-anak esok, 
Tapi anak-anak aku yg biasanya jaga adik, 
Semua dah besar kan dah boleh harap.
Jadi esok bolehlah aku cuci mata tengok-tengok perabot sambil temankan kawan aku.
Telefon berbunyi, aku buka, satu mesej whatsapp masuk

'Syg, B nak kena pergi kerja dah ni, B ada tinggalkan RM80 atas meja untuk belanja esok, lupa nak keluarkan duit, nanti esok B bank in lagi duit ok, pampers Rayqal ada lagi tak?'

Haish laki aku ni, selalu kalau nak pergi kerja dia tunggu aku balik dulu. 
Mungkin ada kes kot, sebab tu kena pergi awal.

'ok, pampers ada lagi takpelah cukup tu, isnin dah gaji, nanti beli sekali, syg terus balik rumah mak ok dgn anak-anak, esok pagi-pagi nak gerak dah dengan Ain'

Pelik pulak aku dia tanya pampers anak cukup ke tak, tak pernah pulak dia tanya. 
Takde pulak aku bgtau pampers anak dah nak habis.
Agaknya dia perasan kot kat almari tu dah tinggal sikit.
Kelmarin pon sama dia tanya, lauk ade lagi tak? 
Aku suruh beli ayam sekor, balik kelmarin tengok ada ayam dalam peti ais.
Tak pernah umur dia nak ke pasar. 
Selalu dia bagi duit je semua aku uruskan.
Tapi bagus jugak, lepasni boleh suruh dia beli lagi. Kah kah.


8.30pm
Selesai cuci, sidai baju, kemas rumah dan dapur. aku pon bertolak ke rumah mak. 
Tak lah jauh sangat rumah mak aku tu, dalam 30minit je dari rumah aku.
Kalau gerak malam sikit takdelah jemm.
Kalau kau gerak terus balik kerja tadi memang masak lah kau dalam kereta.
Nak nak pula perut tengah lapar, memang boleh jadi gaduhlah.
Aku tanya anak aku, papa makan tak tadi,
Anak aku cakap makan, lepas tu pergi kerja. 
Tapi macam biasalah bila dah start motor, ada barang tinggal dia jerit dak abg suruh ambil barang dia.
Papa pesan suruh kunci pintu jangan pergi mana-mana tunggu mama balik.
Aku tanya lagi, yeke papa kau makan, 
Sebab aku masak sambal tumis je tadi, dia memang tak suka sambal tumis. 
Anak aku cakap ye papa makan tadi.
Eh bagus pula dia makan, sedaplah tu, 
Baru kau tau sedapnya sambal tumis tu, selama ni tak nak pula makan. 
Eh sebenarnya sedap sebab aku yg masak. Kahh!
Aku whatsapp laki aku maklumkan aku dah otw balik rumah mak. 
Aku pesan lagi, habis kerja nanti terus balik ke rumah, 
Jangan nak singgah mana-mana pula.
Bukan apa, dah berapa kali dia terlelap masa balik kerja, 
Ada jugaklah sekali terbabas masuk sawah, pasal mengantuk balik kerja. 
Pulak dia dah kerja berapa jam dari kelmarin, tidur pon 2-3 jam je.
Kalau aku memang tak lah. 
Sebab aku benda paling penting adalah makan dan tidur malam. 
Tidur malam ok. 
Kalau tak cukup tidur malam memang mood pon swing rasa macam nak tumbok muka orang je.







Comments