Kehilangan (Part 2) - Perkhabaran


Gambar ihsan Google




Jumaat
22 September 2017
1 Muharram 1440H

5.30am
Tersedar sebab bunyik alarm telefon. 
Macam biasa, cepat-cepat aku matikan takot Rayqal terjaga.
Dahlah harini dia kena tinggal kejap lagi. 
Tak pasal nanti dia buat drama pulak pagi-pagi ni.
Aku bangun,
Duduk
Rasa macam mamai mamai lagi.
Malam tadi tidur tak berapa lena, 
Sekejap sekejap terkejut
Macam tak sedap hati.
Aku capai telefon hantar whatsapp pada suami aku, tanya dia kat mana.
Satu tick je. 
Bateri habis kot. 
Aku bangun menuju ke bilik air
Jantung berdebar-debar
Macam nak jadi sesuatu nanti masa perjalanan aku ke KL dengan Ain.
Dalam fikiran kejap lagi nak whatsapp laki aku lah nak cakap
Kalau jadi apa-apa kat aku, tolong jaga anak elok-elok.
Dahlah 3-4 hari lepas aku asyik mimpi buat kenduri, 
Dah tu ramai pulak orang datang kenduri tu pakai baju putih.
Beberapa kali jugalah mimpi yang sama.
Mimpi buat kenduri.

Ahh mimpi biasa je kot.
Kadang-kadang aku suka overthink.
Yang pasti perasaan tak sedap hati tu aku cepat-cepat padamkan.
Gantikan dengan perasaan gembira.
Aku mandi cepat-cepat tak sabar rasanya nak berjalan.
Dah terbayang nanti sampai sana boleh singgah makan meatball yg sedap.
Owh dah lama xmakan meatball terliur pulak tiba-tiba bila terbayang meatball.

6.45am
Rayqal masih lagi lena.
Baguslah, aku harap dia tak terbangun.
Kalau tidak nanti tak sampai hati pula aku nak tinggalkan dia.
Aku masuk bilik mak aku.
Mak tengah mengaji.

'Mak orang pergi dulu ok. Nak kirim apa-apa tak'

'Mak nak jam loceng yang bunyi kuat tu'

Haishlah mak aku dan jam loceng berpisah tiada. 
Mana pon dia pergi memang dia cari jam loceng.
Dah boleh buat muzium jam loceng dah rumah ni.
Aku salam mak aku, kejutkan Danial dan Qistina beritahu aku dah nak gerak.
Sempat aku pesan suruh tengok-tengok adik, tolong nenek sekali.
Sebenarnya lebih macam berleter bukan berpesan.
Mama dengan leteran memang tak boleh dipisahkan. 
Baru je diorang nak sambung tidur balik lepas solat subuh tadi, aku dah kejutkan.
Lepas tu kena berleter pula. 
Bertabahlah.

Aku hidupkan enjin kereta terus bergerak ke rumah Ain.
Memang kami dah plan aku park kereta kat rumah dia
kemudian kami akan gerak sekali naik kereta dia.
Trafik lancar sangat
Kau boleh baring guling-guling atas jalan.
Yelah cuti umum.
Kalau tak jenuh jugak lah nak menghadap jem.

Perjalanan yang sepatutnya makan masa 40minit, jadi 25minit je.
Memang aku janji dengan Ain pukul 7.30pagi
Kiranya aku macam ngam-ngam sui lah muncul depan rumah dia pukul 7.30am.
Takdelah dia membebel nanti tunggu aku lama.
Dah plan nak sarapan kat highway je, 
Jadi bila sampai sana ngam-ngam baru buka tempat tu
Tak lah bersesak-sesak nak berebut parking dan pilih barang.
Aku pon bagi salam dan masuk rumah.
Sekali masuk dia tak siap lagi.
Baru lepas mandi.
Rasa aku nak starlite je dahi dia yang jendul tu.
Janji bukan main suruh aku datang awal.
Sekali sampai dia terkial-kial lagi.
Sambil dia bersiap sambil sambil tu jugak aku membebel.
Nampaknya pagi-pagi ni air liur aku dah bergelen kering.
Kat rumah bebelkan anak,
Sampai sini bebelkan kawan pula.

Kami gerak dalam pukul 8.00am.
Dalam kereta bebelan aku dah berhenti.
Yelah dah tak sabar nak berjalan.
Nak nak pulak aku tak payah drive, Si Ain yang drive.
Pergh heaven rasanya duduk sebelah jadi mem pakej boleh tidur sekali.
Dalam perjalanan tu, kami pon berbual lah seperti biasa.
Kami ni walau jumpa hari-hari tak pernah tak ada topik nak berbual.
Ain lapar, nak berhenti makan dulu kat area Alor Gajah.
Sekali lagi mood berleter aku ON.
Membebel lah lagi aku dan lagi dan lagi.

Sampai kat kedai yang dimaksudkan, kami pon mula pesan makanan.
Naseb baik dia pilih port baik.
Dah lama pula tak makan kat sini,
Last makan masa zaman-zaman sekolah dulu.
Lejen betul kedai ni. 
Makanan pon sampai.
Aku mula menyuap 
Dannn
Aku toleh Ain, dia pon sama.
TAK SEDAP
Dah tak sama rasa macam dulu.
Gigihlah juga habeskan.
Dalam hati nak je aku menyumpah. 
Dahlah lapar, makan pula tak sedap.
Tapi lepas tu terfikir pula syukurlah ada makanan, 
kat luar negara org makan batu dgn rumput je nak meneruskan kehidupan.
Kau mewah dengan makanan merungut macam-macam.

Kami teruskan perjalanan
Sampai je dekat Plaza Tol, telefon aku berbunyi.
Nombor telefon tak dikenali
Aku jawab panggilan
Selalunya kalau nombor tak dikenali ni memang aku ignore je.

'Assalamualaikum Fiza'
Dengar suara perempuan beri salam

'Waalaikumsalam siapa ni?'

'Kak Shida ni'

'Kak Shida mana?'

'Kak Shida balai Ayer Keroh dulu, Fiza kat mana?'

Kak Shida ni dulu satu balai dengan suami aku, 
Tapi dah transfer ke tempat lain. 
Senior aku masa sekolah rendah.
Cantik menawan single lagi.

'Owh kak Shida... dalam kereta ni kak, nak ke KL, baru keluar tol'
Apa pula hal nya Kak Shida call aku pagi-pagi ni.

'Owh... Fiza dah tau ke?' 
suara dia mcm slow je dah

'Tau apa tu kak?' 
Reaksi aku masih lagi mcm biasa. takde pon rasa curious ke apa.

'Hmm Apek eksiden'
Suara dia perlahan.

'Owh eksiden. Teruk ke kak?' 
Masa ni suara ak memang takde reaksi terkejut,
Sebab macam aku cakap dia dah banyak kali eksiden jadi aku dah tak terkejut sangat.

'Hmmm tak taulah cuba Fiza call balai tanya sebab akak dengar pon kat set (walkie talkie)'.

Aku matikan panggilan.

Aku bagitau Ain, suami aku kemalangan. 

'Habis macamana sekarang? Teruk ke?'
Ain bertanya

'Tak tahulah nak kena call balai tanya dulu'

'Cuba Kau call dia dulu'
Cadang Ain

Ye juga
Baru ak teringat yang aku dah terlupa nak telefon dia tadi bagitahu aku dah gerak.
Aku bukak whatsapp tengok mesej yang aku hantar pagi tadi dah bluetick.
Terus aku dail nombor telefon suamiku
Bunyi deringan tapi tak berjawab.
Dua tiga kali jugalah aku cuba call.
Masih tak berjawab.
Aku assume mungkin masa eksiden telefon dia dah tercampak ke mana 
Atau dah lesap kena kebas.

Aku membebel dalam hati,
Dah pesan banyak kali bawak motor hati-hati.
Dah pesan balik kerja balik rumah terus.

Aku cuba pula dail nombor telefon Balai.

Talian sibuk.

Aku cuba sekali lagi.

Bunyi deringan dan panggilan berjawab.

Kawan sekerja dia Hafiz yang jawab. 
Aku kenalkan diri dan tanya dia keadaan suami aku,
Dia tanya lagi siapa di talian.
2 kali jugalah aku bagitau aku wife Hilmi (Apek)

Hafiz pass telefon pada orang lain. 
Mungkin tengah sibuk ramai orang awam datang untuk buat report.
Biasanya kalau cuti umum memang banyak sikit kes jenayah.
Suami aku pon selalu cakap kalau cuti panjang memang banyaklah kes.
Pening juga dia kadang-kadang.
Setelah gagang telefon bertukar tangan, 
Akhirnya aku dapat juga bercakap
Sarjan John.
Aku pon tak pasti nama sebenar Encik John ni.
Yang aku tau nama dia John je.
Selalu juga suami aku cerita pasal Encik John.
Encik John ni suka bahan suami aku.
Kalu jumpa aku pon suka sangat menyakat.
Tak sah kalau tak menyakat.
Lepastu gelak.

'Encik John, Apek eksiden ke? Teruk ke?'
Aku terus mengasak pertanyaan

'Hmm ni nak bagitau ni, harap sabarlah yer' 
Suara Encik John masa tu mcm mendatar perlahan je bercakap. 
Aku pula jadi pelik. 
Memang masa ni tak fikir bukan-bukan lagi, 
Point dia aku nak tau je keadaan dia je, teruk ke tidak.

'Yelah Encik, bagitaulah teruk ke eksiden nya, patah ke, tak sedar ke?' 
Dah kenapa Encik John ni ckp macam nak serius pulak harini.

'Nak Bagitau ni.'
Eh dia ulang lagi nak bagitau geram pulak kita wak. 

'Ye Encik John bagitau lah teruk ke tak?'

'NAK BAGITAU.... HILMI (APEK) DAH TAKDE....'

Ya Allah
Tiba-tiba aku rasa macam nak pitam
pandangan macam nak gelap
Perasaan aku masa tu macam di siat-siat.
Hati aku macam dirobek-robek
Tubuh rasa melayang-layang
Kepala rasa berpinar-pinar
Suara Encik John aku dengar bergema-gema.
Tangan aku menggigil pegang telefon.

Aku tak kuat

'Encikkkkkkkkkkkkkkkkk!'
Aku meraung, menanges..

'Encik cakap ape dengan saya ni?'

'Encik cakap apa ni?!'

'Encik jangan cakap macam ni dengan saya!'
Ayat yang sama aku ulang berkali-kali.

Jantung aku rasa macam berhenti berdegup.
Ain kat sebelah aku dah tak boleh fokus memandu lihat keadaan aku macam tu.
Aku tendang-tendang pintu kereta sambil menangis.

Lebih kurang dua tiga minit keadaan itu berlarutan
Tiba-tiba datang macam satu kesedaran dalam diri aku.
Akal waras kau ambil alih emosi.
Aku lantas kesat air mata.
Salah cara aku ini.
Salah meraung menangisi Qada' dan Qadar ALLAH.
Aku tarik nafas panjang
Teruskan perbualan dengan Encik John.

'Encik sekarang Hilmi eksiden dekat mana? Mayat dekat mana sekarang?'
Aku teruskan pertanyaan dengan akal waras yang semakin menguasai emosi yang tadi tidak keruan.

'Eksiden dekat semabok, tengah kejar suspek kes curi motor. Mayat masih di tempat kejadian, sekejap lagi akan di bawa ke unit forensik Hospital Melaka'
Terang Encik John pada aku.
Masa ni suara Encik John pun dah macam biasa. 
Taklah perlahan teragak-agak macam tadi.

'Macam ni Encik, ambil nombor telefon saya ni, apa-apa tolong maklumkan nanti'
Aku beri nombor telefon pada Encik John. 

'Nanti awak sampai datang dulu ke balai, kami escort awak ke hospital'

'Takpe Encik, saya terus ke hospital, lagipun bukan saya yang drive, kawan saya drive, apa-apa tolong maklumkan saya'
Aku dah tak fikir dah pasal escort 
Yang aku tahu aku nak sampai ke hospital secepat mungkin.
Telefon aku matikan.

Ain yang dari tadi curious tak fokus dengan pemanduan tertunggu-tunggu respon aku.
Aku toleh sahabat aku dengan mata berkaca
Aku tak kuat
Sekali lagi aku meraung 

'Pusing Ainnnnnnn! Pusing balik Melaka! Apek dah tak ada!! Laki ak dah tak ada! Apek dah meninggal!! Ainnnnnn!'
Aku tepuk-tepuk dashboard kereta Ain.

'Haaa? Fizaaaaaaaaa!'
Suara Ain dah tersekat-sekat semacam tak percaya.

Kami berdua menangis, 
Aku tersandar di tempat duduk sebelah.

'Aku pusing sekarang'

Aku masih lagi menangis merenung luar tingkap.
Aku capai telefon 
Aku kesat air mata.
Mencari siapa yang patut aku beritahu dulu.
Tak mungkin aku nak call kedua mertua aku.
Bagaimana pula mereka nak terima hakikat melalui panggilan telefon.
Keadaan kesihatan mereka pon tidak berapa baik.
Aku putuskan untuk telefon kakak ipar aku.
Telefon berdering
Tak berjawab.
Mungkin sebab cuti umum, 
Maka selalunya kita ambil peluang bangun lewat.
Jam menunjukkan pukul 9.10pagi
Aku masih terus mendail Nombor telefon kakak ipar aku.
Masih tak berjawab.

Buntu

Telefon aku pulak berdering
Aku jawab panggilan

'Assalamualaikum Puan Nor Afizah.'
Terdengar suara lelaki di talian.

'Waalaikumsalam'
Aku jawab tersekat-sekat.
Pemanggil kenalkan diri, anggota dari Balai Durian Tunggal

'Puan dah tahu ke puan?'
Mungkin dari nada suara aku menangis dia dah boleh agak

'Dahhh..'
Jawab aku sebak

'Takziah Puan, kami datang ke rumah tadi, tapi Puan takde di rumah, jadi kami telefon nak maklumkan'
Rupanya mereka dah datang ke rumah untuk maklumkan dan iring aku ke hospital.

'Saya tak ada di rumah. Terima kasih'

'Puan nanti Puan maklumkan kepada kami jika dah confirm nak kebumi di sini atau di mana? Kami nak uruskan semua!'
Allahuakbar. 
Begitu sekali kebajikan anggota ni terjaga.

'Saya tak decide lagi, nanti kalau kebumi di Durian Tunggal saya maklumkan.'
Terang aku

'Takziah sekali lagi Puan, Kalau nak kami escort tunggu di Tol Ayer Keroh pon boleh. Kalau Puan tak boleh drive kami boleh ambil Puan. Se eloknya Puan jangan drive.'

'Tak apa Encik, saya dengan kawan, kawa saya drive, saya nak terus ke Hospital Melaka'
Setelah aku ucap terima kasih,
Talian aku matikan.

Telefon masih lagi di tangan.
Siapa lagi yang aku nak call.
Takkan nak call abang ipar aku.
Dia kat luar negara.
Tak mengapa rasanya kalau aku cuba.
Aku cuba buat panggilan
Ada bunyi deringan.

'Hello Assalamualaikum..'
Terdengar suara abang ipar aku di talian.
Finally dapat juga aku bercakap dengan seseorang.

'Abang Ngahhhhh.... Abang Ngahhh....'
Tersedu-sedu suara aku
'Balik sekarang Abang Ngah! Balik sekarangg! Adik dah tak ada Abg Ngah!'
Masih lagi aku bercakap dalam tangisan. 

'Adik tak ada pergi mana?'

'Adik dak tak ada! Adik eksiden! Adik dah meninggallllllll!!'
Aku meraung masa itu 
Menangis tersedu sedan
Beratnya Ya Allah hati aku masa tu
Rasa nak pecah dada aku

'Haa? Haa? Allahuakbar!'
Suara abg ipar aku muali perlahan, tersekat-sekat.
Mungkin sama perasaan kami ketika itu.
Dapat tahu orang yang kita sayang pergi buat selamanya
dalam keadaan tiba-tiba.

'Dah bagitahu mama dah? Kak Long dah tahu?'
Abang ipar aku bertanya.

'Belum, jangan bagitahu mama dulu Abang Ngah.  Call Kak Long  tak angkat. Tidur lagi kot'

'Tak apa, Fiza sabar ok, Allahuakbar! Nanti Abang Ngah bagitahu semua. Fiza selesaikan apa yang patut dulu'

Telefon aku matikan.

Aku cuba dail sekali lagi nombor kakak ipar aku.
bunyi deringan.

'Hello'
Terdengar suara kakak ipar aku dihujung talian

'Kak Longggggg..... Kak Longgggg.....'
Tersedu sedan mendayu-dayu suara aku bercakap

'Kenapa ni?'
Soal kakak ipar aku

'Kak Longgg! Adikk dah tak ada Kak longgggg!'
Aku masih lagi cuba bagitahu perkara sebenar

'Adik mana ni? takde pergi mana?'
Kakak Ipar aku masih blurr tak tahu hujung butir.
Mungkin sebab aku bercakap pon tak jelas.
Bercakap sambil menangis.
Macam menjerit pon ye.

'Adik Kak Long! Hilmi Kak Long! Hilmi dah takde! Dah meninggal eksiden tadi Kak Long!'
Kali ini pecah tangisan aku dihujung percakapan.

'Haaa? Haaaa? Fizaaaaaaa...'

Kami sama-sama menangis
Tidak ada sepatah perkataan pun keluar,
Hanya tangisan masing-masing yang dapat didengar
Tersedu sedan
Menerima ujian dari Allah

'Kak Long tolong bagitahu mama ok. Tapi jangan bagitahu dah meninggal, bagitahu eksiden je. Kak Long bawa mama balik Melaka ok. Fiza terus ke Hospital Melaka. Apa-apa Fiza maklumkan balik'

'Ok Fiza..'
Masih menangis 

Talian aku matikan.

Aku tersandar masih lagi kuat tak kuat.
Ain di sebelah aku pon sama buat panggilan.
Bagitahu suami dia, dan kawan-kawan kami.
Semua macam tak percaya. 
Tersentak

Dalam aku masih menangis,
Aku tiba-tiba teringat tak bagitahu mak aku lagi.
Terus ak terbayang muka Rayqal.
Ya Allah!
Anak aku.
Anak aku dah jadi anak yatim.
Masa ni aku rasa kaki aku dah lembik 
Seakan tak terdaya.
Aku menangis semahunya.
Pandangan kabur dek air mata yang keluar

Aku hubungi mak aku.
Dhia yang angkat, aku minta dia panggil nenek (mak aku).

'Hello Assalamualaikum'
Suara mak memberi salam

'Makkkkkk... Makkkk.. Emi eksiden mak... Emi dah tak ada mak... Dah meninggal!'

'Eh kau ni cakap ape ni?'
Mak aku macam tak percaya.

'Emi dah takde mak. Rayqal dah jadi anak yatim makkk.. Rayqall makkk....'

'Allahuakbar Piza.... Kau jangan main-main, kau pergi tengok dulu betul ke dah meninggal. Salah dengar kot.'
Mak aku masih lagi tak percaya macam tak cukup nafas dia bercakap

'Orang nak pergi hospital ni dengan Ain, Mak terus pergi hospital tau bawak budak-budak, bangitahu dak Wan sekali (adik aku)'

Mak aku tenangkan aku dan talian dimatikan.

Ain masih lagi membuat panggilan.

Aku dah tak tentu duduk.
Semua posisi jadi tak selesa.
Dalam kepala cepatlah sampai ke hospital.

Aku renung keluar jendela.
Cuaca cerah dengan awan putih mulus.
Fikiran aku kosong
Kosong sekosong kosongnya.

Aku sedang cuba untuk redha.
Aku sedang cuba untuk mrngarahkan akal supaya menguasai emosi
Aku sedang cuba rasional
Aku sedang cuba terima Qada' dan Qadar Allah
Aku sedang cuba melawan bisikan syaitan

'Ain, ada suami kita hargailah, buruk dan baik pon dia tetap suami kita, kalau dah tak ada kat dunia ni, dengan sapa kita nak gaduh? Dengan sapa kita nak bergurau? Dengan sape kita nak membebel? Dah tak ada dah orang aku nak bebelkan lepas ni, dah tak ada dah orang nak bahan aku lepas ni Ain'
mendayu-dayu tangisan aku dihujung percakapan

Sayu
Untuk pertama kali kami berdua senyap
Melayan perasaan masing-masing.
Airmata tak henti mengalir.
Terima kasih sahabat ada tika aku duka
Saksi tika aku rapuh
Teguh tika aku tersungkur








Comments