Choc Kek Kak Lengloi (Tersedap Pedepoww di Alam Semesta)

Assalamualaikum n Salam Sejahtera 





Tajuk entry nak up up kan! Ahahaha. Sebenarnya dah bape minggu dok teringin nak makan kek coklat moist ni, nak buat plak malas. Jumaat ritu dok crk kek coklat anis tu semua xde stok. Hangen je haku. Time nak makan xdelak ko jual. klu ak xhingin kemen melambak2 ko jual. Haku ni sebenarnya xbrp suke sangat makan manis2 nieyh. Boleh kira aa bape kali je setahun teringin nak makan. Hari lain mcm biasalah tekak org kampung  ni nak nasik nasikk nasikkk lauk asam pedas ke, sambal belacan ke, sambal tumis ke asalkan nasikkk! Ahahaha!!

Haaaa!! PANTASSSSS g amek kertas ngan pen, salin resepi ni, kalau pemalas screenshot je kat henpon, kalau tak tau nak screen shot ko ketok pale ko pakai henpon tu, mak bedah kampung seberang pon dah ariff lagi bijaksana pakai smartfon wat malu je ko ni tau! Ahahaha!!

Kat bawah ni resepi Kak Lengloi nak share! Ikot step by step! Dah paling senang aku bagi n konfirm jadik. Jangan nak dehaka yer. Pastu dek sebab ko br 1st time nak buat, jgn pepandai ubah bahan2 tu. Kalau tak jadik ko pergi bedong tangan kau 30hari 30malam. Ahahahaha. Dah jangan asek nak beli je ngabiskan duit. G buat sana makan sampai muntah! Aahahaha



KAK LENGLOI MOIST COKLAT KEK

Bahan A
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu dutch lady full cream
1 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung (kalau xde minyak masak pon boleh)
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coin dark coklat beryls

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk bikarbonat soda

Bahan C
2 Biji Telur
1sk esen vanilla

Cara Buat;
1. Masuk semua Bahan A dalam periuk yg bersih. Kacau sebati.
2. Masak atas api sehingga licin adunan. Mean kalau dia dah xde ketul2 tu dah boleh tutup api
3. Blend Bahan C dalam blender sampai agak kembang
4. Masuk Bahan C kedalam Bahan A dan kacau sebati
5. Masukkan Bahan B. Kacau2 lagi sampai sebati.
6. Alas Acuan dengan baking paper n masukkan adunan ke dalam bekas
7. Kek ni boleh kukus n boleh bakar jugak. Dua2 pon moist.
8. Kalau kukus, panaskan pengukus masukkan kek dan kukus selama 1/2 jam or sampai masak
9. Kalau nak bakar, panaskan oven 10minit pada suhu 170darjah celcius dan bakar kek selama 40minit. Jangan risau kalau atas kek mcm sedikit berkerak sebab nanti bila dah letak ganache dia akan lembut balik

GANACHE COKLAT SUPER DUPER SENANG

Bahan;
1/2 tin susu pekat manis
2sudu dark koko powder
2 sudu susu dutch lady full cream (kalau pekat boleh tambah ikut kesesuaian)

Cara Buat;
1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk
2. Panaskan atas api sehingga sebati dan pekat
3. Curah atas kek yg telah disejukkan
4. Pastu hias lah dgn almond nib ke, coklat m&m ke, Perrero roche ke. Ikot kesesuian tekak ko lah nak hias ape.



Ni version bakar punya!! Terliur takkkk?!!

Yang ni version kukus!! Same je sedapnyerrr!!


KALAU PEMALAS TAHAP GABAN NAK BUAT?! BELI JER DGN HAKAKK!! TAPI KALAU DAH JADIK SEDAP KEK KO JANGAN NAK CARAS BISNES HAKAK PLAK!! AWASS YERR!! AKU TARIK RAMBUT KAU!! AHAHAHAHAHAH~

Comments